Friday 22 June 2012

terima kasih buat sahabatku jamal, kau banyak membantu aku ketika aku susah terutamanya dalam pembelajaran, walaupun kata-kata mu boleh dikategorikan seperti sambal belacan tapi, aku bersyukur tuhan menganugerahkan kau untuk menjadi sahabatku. tidak lupa juga kepada sahabatku seleman, pujukan dan kata-kata dorongan darimu tidak pernah surut dan kau tidak pernah jemu dalam menyakinkan aku menempuh dugaan  hidup bergelar seorang siswi. terima kasih buat kamu berdua.Nanti aku pergi Giant aku beli jelly sorang satu ya!

Wednesday 20 June 2012

kerja yang tak dianggap

kenapalah tak siap2 keja ni? Bila la nk siap ni? serabut perut limpa jantung paru2 sume ade. dah nk final dah tapi projek n asgment tak beres lagi. sabar2, usaha itu tangga kejaan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Di harapkan jumaat ini akan memberi satu kejayaan kepada aku dan rakan2 menyiapkan kerja yang terbengkalai. kepada sahabat baik ku yang ku gelarkan ARNAB dan TIKUS, serta seleman dan jamal. dan tidak lupa juga kepada mamat. cayok2 fighting!!!

Friday 15 June 2012

roda2 hidup

Hidup ini umpama roda, sekejap di atas sekejap di bawah. kadang-kadang laju, kadang kala perlahan. apa yang pasti jangan sesekali menyerah kalah, teruskanlah perjuangan kerana pepatah ada mengadakan di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan. walaupun hidup tidak seindah mana, tidak semanis yang di harapkan yakinlah percayalah Dia sentiasa bersama kita (- _ -)